SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI AIR PANAS GADEK

SELAMAT DATANG


-Klik untuk imej yang lebih jelas-



Nikmatilah air panas semulajadi di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek yang terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Beroperasi selama 24 jam sehari anda boleh merancang waktu perjalanan anda untuk datang pada bila-bila masa sahaja. 





Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek melalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat. 


Air panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S). Oleh kerana itulah terdapatnya sulfur semulajadi didalam kolam sumber utama dan dipercayai baik untuk kesihatan terutamanya mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit. 



Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan. 



Antara kelebihan mandi air panas semulajadi :



  • Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
  • Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
  • Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
  • Meransang kadar metabolisma dalam badan. 


Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan. Jadi apa tunggu lagi.....datanglah segera ke Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek. 





HARGA BAYARAN MASUK :


DEWASA  : RM 5.00
KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00

*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA







NOTIS PEMBERITAHUAN TERKINI 
(UPDATE PADA 01 OKTOBER 2014)



KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT (c) Segala yang tercatat di atas adalah Hak Milik Air Panas Gadek