TARIKAN TERBARU DI AIR PANAS GADEK |
Mandi Wap Sauna & Steam merupakan proses penghabaan badan dengan menggunakan batuan panas dan steam (far-infrared) yang memudahkan lagi proses detoksifikasi untuk mengeluarkan peluh kotor yang mengandungi garam serta toksin dari dalam badan. Amalkan mandi wap secara berterusan dan teratur untuk mendapatkan kesan dan hasil yang terbaik.
KHASIAT & KELEBIHAN
- Pembersihan lebih terperinci pada kulit yang menjadikan kulit lebih menawan, halus dan licin.
- Mengurangkan berat badan dengan membantu pembakaran lemak dari luar.
- Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal tulang, dll.
- Membantu perehatan otot dan menghilangkan tekanan.
- Melancarkan peredaran darah dalam badan dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
*PERHATIAN : Wanita yang sedang hamil dan penghidap darah tinggi atau rendah dinasihatkan meminta pandangan doktor terlebih dahulu sama ada dibolehkan untuk mandi wap atau tidak. Jika dibenarkan sila pastikan berapa jangkamasa mandi wap yang dibenarkan.
KADAR BAYARAN
DEWASA (13 tahun ke atas) : RM 15.00 x 1 Jam
KANAK-KANAK ( 6 hingga 12 tahun ) : RM 10.00 x 1 Jam